Monday, July 18, 2011

Kolokium Ulama Muda di Kedah. Jangan Lepasakan peluang

KokUM 19-23 julai 2011 di KUIN kedah..jom pakat p..

TENTATIF Penuh PROGRAM Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM)

19 Julai 2011 (Selasa)

7.45- 8.30malam : Kuliah Maghrib : Johan Imam Muda II sdr. Hassan Adli bin Yahaya@Yahuza
Tajuk : Generasi Celik Agama,Antara Keperluan & Kewajipan

9.00-11.30mlm : Ulama' Di Hati oleh:Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin
( Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Asia Tenggara)
Tajuk : Permerkasaan Ulama' Masa Kini

20 Julai 2011 (Rabu)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 1
Ust Hj Mutalib Maarof
(Pengasas An-Nahdhoh, K.Semang, P. Pinang).
Tajuk: Syahadah dan tuntutannya.

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mengeja jawi (saringan)
7.00-8.45mlm : Solat
: Kalam Tuhan
Ust. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin
(Pemenang AQ Musim Ke-3)

9.00-11.30mlm :Tinta Ulama' oleh : Dato' Dr Hj Haron Din
(Pendakwah Bebas)
Tajuk: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan "bersama Pusat Komuniti INSANIAH"

21 Julai 2011 (Khamis)

4.00-5.30 pg : Qiamullail Airmata Ulama’ oleh Ust Zainal Asri Bin Romli (Paklong Zainol)
(Pendakwah Bebas)

5.30-7.00 pg : Solat Subuh / tazkirah Ust Zainal Asri Bin Romli (Pendakwah Bebas)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 2 oleh : Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tajuk : “ Prinsip-Prinsip Penting Ilmu Tarekat ”

4.30-5.00ptg : Solat

5.00-7.00ptg : Pertandingan (kalah mati) Mengeja Jawi
7.45-8.30mlm : Solat & Bacaan Yasin oleh : Ust Ahmad Nasir Bin Hj Awang
(Pensyarah Kuin)

9.00-11.30mlm : Wacana Ulama’ Muda
Tajuk : Pemuda masa kini – antara realiti dan harapan.
Panel : Ust. Nasaruddin Hj Hassan at Tantawi (Pendakwah bebas)
Ust. Ahmad Izzat Hj Shauki

22 Julai 2011 (Jumaat)

9.00-10.30pg : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

10.30-11.00pg : Rehat

11.00pg-12.00tghari : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

12.00tghari-2.30ptg : Bicara Muslimat

Tajuk : Saidatina Khadijah: Hanya Tinggal Kenangan
Moderator : Ustazah Nurul Nazuha Hazizan ( Timbalan Dekan HEP)
Panel : Ustazah Nurul Syuhada (Pendakwah Bebas)
: Dr. Rosni Adam (Pengarah NISA’ Malaysia)
: Usatazah Mumtaz Md.Nawi
(Senator Kerajaan N.Kelantan)

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 3 oleh : Ust Sharhan Syafie
(Pengasas Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani)
Tajuk: Perubatan Islam

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mari Mengeja Jawi (Final)
Tajuk pidato: ‘Ulama Pencetus Tamadun Dunia’

7.45-8.30mlm : Solat & Sentuhan Qalbu
Zikir & Tarannum oleh :Ust. Othman Bin Ibrahim (Pendakwah Bebas)

9.00-11.30mlm : Generasi Ulama' Muda oleh : Ustaz Hafiz Bin Haji Mustafa Lubis
(Pendaftar maa`had Derang, Kedah)
Tajuk: Pemuda Cerminan Al-Quran

23 Julai 2011 (Sabtu)

9.00-9.45pg : Ucaptama Seminar oleh: Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin
(Timbalan Mufti Negeri Kedah)
Tajuk : Ulama’ Pencetus Tamadun Dunia

9.45-10.45pg : Pembentangan Kertas kerja 1
Sultan Muhammad Al-Fateh :Ust Syaari Ab. Rahman
(Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy)

10.45-11.45pgi : Pembentangan kertas kerja 2
Burhanuddin Helmy: Yang Berhomat Ustaz Nasir Zakaria

11.45-12.00 tengah hari : Rehat

12.00-1.00ptg : Pembentangan kertas kerja 3
Merdeka: Peranan & Sumbangan Ulama’: Ust Ridhwan Mohd Noor
(Pengarang “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”)

1.00-2.00ptg : Pembentangn jertas kerja 4
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Ust Asri Bin Daud (KETUA JABATAN MUAMALAT KIAS)

2.00-2.45ptg : Rehat

2.45-3.45ptg : Pembentangan kertas kerja 5
Cabaran & Persediaan Generasi Muda Islam : Dr. Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah UKM)

3.45-4.45 ptg : Pembentangan kertas kerja 6
Peranan Ulama' dan Umara' dalam membina tamadun : Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor
(Ketua Pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia)

4.45-5.15ptg : Solat

5.15ptg-7.00mlm : Majlis Perasmian Penutup Kolukium Ulama’ Muda Kebangsaan ( KokUM 11)
Dirasmikan oleh: Y.A.B Menteri Besar Kedah

9.00-11.30mlm : Konsert Amal Di Ambang Ramadhan sempena KokUM '11

**semua slot adalah percuma kecuali Seminar Kertas Kerja..
maklumat lanjut hubungi : Mohd Saifol Fairuz Othman (019-5086281)
**untuk seminar boleh hubungi Mohd Anas Akram Bin Zainuddin (019-5527681)

Sayyid Muhsin al-Masawi ulama besar abad ke-20 asal Palembang

Nama lengkap ulama besar yang berasal dari tanah Palembang ini ialah Sayyid Muhsin b. ‘Ali b. ‘Abd al-Rahman al-Masawi. Beliau lahir pada tahun 1323 H bersamaan dengan tahun 1905 M. Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahandanya sendiri. Setelah itu beliau dihantar memasuki Madrasah Nurul Islam di Jambi dan disitu, beliau menelaah dasar-dasar ilmu agama. Seterusnya beliau berpindah ke Madrasah Sa‘adah al-Darain yang juga terletak di Jambi. Pada tahun 1919 M beliau pulang semula ke Palembang setelah kewafatan ayahandanya. Di tempat asalnya, beliau tetap mendalami ilmu agama dan salah seorang guru utamanya pada waktu ialah Haji ‘Idrus. Pada tahun 1340 H, beliau berangkat ke Makkah. Beliau memasuki sebuah madrasah yang sangat terkenal di Makkah pada waktu itu iaitu Madrasah al-Shaulatiyah[1] dalam pertengahan tahun 1341 H. Disitu beliau menadah kitab kepada beberapa tokoh besar seperti Syeikh Hasan Muhammad al-Masysyath, Syeikh Dawud Dihan, Syeikh ‘Abd Allah b. Hasan al-Kawhiji, Syeikh Habib al-Syinqiti dan Syeikh Mahmud b. ‘Abd al-Rahman Zuhdi. Di madrasah ini, beliau didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu seperti tafsir, usul al-din, ilmu falaq dan faraid. Pada tahun 1348 H, ulama besar asal Palembang ini berkesempatan mengunjungi para sayyid ‘Alawiyyin di Hadhramaut dan menghadiri halaqah-halaqah pengajian mereka di Seyulan, Tarim. Beliau berada di sana selama 3 bulan untuk menimba ilmu dari para masyaikh terkenal Yaman. Setelah itu, beliau pulang semula ke Makkah dan ditawarkan jawatan mengajar di Madrasah al-Shaulatiyah.
Walaupun mengajar, beliau masih dahagakan ilmu. Syeikh al-Masawi menadah kitab dihadapan para masyaikh di halaqah pengajian di Masjidil Haram. Antara gurunya disitu ialah seperti Syeikh ‘Umar Ba Junayd dan Syeikh Muhammad al-Yamani al-Khulaydi. Pengajian yang diikutinya adalah secara bersanad. Beliau turut menimba ilmu dan mendapatkan ijazah dari Syeikh Muhammad ‘Ali b. Husayn Maliki, Syeikh ‘Imran Hamdan, dan Syeikh ‘Abd Allah b. Muhammad Ghazi. Masih merasakan ilmu belum cukup, beliau berangkat pula ke Madinah untuk mengikuti pengajian disana. Di Madinah, beliau menggurui dan mendapatkan ijazah daripada Syeikh ‘Abd al-Qadir b. Tawfiq al-Syalabi, Syeikh Muhammad ‘Abd al-Bai al-Laknuwi, dan Sayyid Zakki b. Ahmad Barzanji. Guru-guru beliau yang lain adalah seperti Syarif ‘Abd al-Hayy b. ‘Abd al-Kabir al-Kattani al-Fasi dan Syaikh ‘Ali ‘Awwad al-Magribi al-Salwa. Pada tahun 1353 H, beliau mendirikan Madrasah Dar al-‘Ulum al-Diniyyah bersama-sama dengan seorang lagi tokoh besar dari Alam Melayu yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Syeikh Zubir Ahmad.[2] Dibawah pimpinan Syeikh al-Masawi, madrasah ini menjadi tumpuan penuntut-penuntut yang datang dari Asia Tenggara menimba ilmu. Madrasah ini banyak mencetak ulama-ulama besar Alam Melayu antaranya adalah seperti Syeikh Muhammad Yasin ulama besar asal Padang dan Dato Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin bin Syeikh Abdul Rahman al-Jarumi, ulama besar asal Kedah. Syeikh Muhsin al-Masawi wafat pada bulan Jumadil Thani 1354 H dalam usia 31 tahun di Makkah. Selepas kewafatannya, pimpinan madrasah diambil alih oleh Syeikh Zubir. Beliau mentadbir madrasah selama lima tahun sebelum pulang menabur bakti di negeri Perak.
Walaupun Syeikh al-Masawi wafat dalam usia yang sangat muda, beliau sempat mengarang beberapa buah kitab. Antaranya ialah seperti
1. Al-Nafhah al-Hasaniyyah Syarh al-Tuhfah al-Saniyyah fi al-Faraid
2. Madkhal ila ‘Ilm al-Usul
3. Nahj al-Taysir Syarh Manzhumah al-Zamzami fi Usul al-Tafsir
4. Jam‘ al-Thamr Ta‘liq ‘ala al-Manzhumah Manazil al-Qamar
5. Al-Jadad Syarh Manzhumah al-Zubad (manuskrip dan belum selesai)
6. al-Nusus al-Jawhariyyah fi al-Ta‘arif al-Mantiqiyyah
7. Adillah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah fi Daf‘ Syubuhat al-Firaq al-Dallah al-Muttadi‘ah
8. Al-Rihlah al-‘Ilyah ila al-Diyyar al-Hadramiyyah
Biodata dan senarai kitab Syeikh al-Masawi dinyatakan didalam tulisan ‘Umar ‘Abd al-Jabbar dalam bukunya yang bertajuk Siyar wa Tarajim ba’d ‘Ulama’ina fi al-Qarn al-Rabi’ ‘Asyr li al-Hijra (Makkah: Mu’assasah Makkah li al-Tiba’ah wa al-I’lam, 1385/1965) dari halaman 331 hingga 333.


Gambar para masyaikh Dar al-'Ulum pada tahun 1375 H/1956 M (Sumber gambar diambil dari sini)


[1] Madrasah al-Shaulatiyah didirikan oleh ulama berketurunan Saiyidina Uthman bin Affan yang berasal dari India. Madrasah ini menjadi tumpuan masyarakat Islam khususnya di kalangan masyarakat India dan Pakistan untuk menimba ilmu.
[2] Mohd Fadli Ghani. 2008. Sheikh Zubir al-Filfulani: Ulama pengasas PAS. Harakah. Kuala Lumpur Terbit pada 25 Disember 2008

Tuan Guru Haji Ali Pakar Ilmu Nahu dan Sorof

Almarhum Tuan Guru Haji Ali

Negeri Sembilan tidak ketandusan melahirkan ulama berkaliber yang namanya terkenal diseluruh Alam Melayu. Salah seorang darinya ialah almarhum Tuan Guru Haji Ali. Beliau mengasaskan sebuah pondok yang terletak di Siliau[1] kira-kira 5 km dari pekan Rantau. Nama lengkap ulama besar ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Beliau dilahirkan dalam tahun 1926[2] dan merupakan anak jati Siliau. Bondanya bernama Jumah Binti Pawang Jali. Tuan Guru Haji Ali pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya orang tempatan, kedua dari Seremban dan terakhir dengan gadis Kelantan. Beliau memperolehi ramai anak hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya itu.
Dalam usia yang masih muda, Tuan Guru Haji Ali mula menimba ilmu kepada Tuan Syeikh Ahmad Said yang memegang jawatan Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930-an. Dari gurunya itulah beliau mewarisi amalan tariqat Ahmadiah. Selepas itu beliau diriwayatkan memondok pula di Padang Rengas, Perak dan terakhir di Pendang, Kedah. Tuan Guru Haji Ali dikatakan pernah mengajar di Pondok Tanah Merah, Pendang iaitu berdekatan dengan Pekan Pendang sekarang selama 5 tahun sebelum pulang ke kampung halamannya. Diriwayatkan bahawa sebab-musabab beliau berhenti mengajar ialah kerana beliau tidak mahu menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Beliau amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.
Beliau membuka pondok di kampung halamannya sendiri iaitu di Siliau. Pondok ini diberi nama Madrasah ad-Dhuafa’ wal-Masakin. Pondok ini dipercayai dibuka pada awal tahun 1970-an. Kealiman beliau dalam bidang agama segera dihidu oleh para penuntut yang dahagakan ilmu. Dalam masa yang singkat, penuntut-penuntut dari seluruh pelusuk negeri termasuklah Sabah, Sarawak dan Indonesia datang membanjiri pondoknya. Ramai kalangan anak muridnya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian dalam dan luar negara seperti di Aceh, Mesir, Madinah, Yaman dan Jordan. Keahlian beliau dalam bidang sorof nahu bahasa Arab menyebabkan namanya dikenali sehingga ke universiti-universiti di Tumur Tengah ini. Bahkan ada pensyarah yang menyarankan penuntut-penuntut Melayu yang lemah menguasai Bahasa Arab supaya balik belajar dengan Tuan Guru ini. Kitab yang perlu dihadam oleh pelajarnya ialah Syarah Mukhtasar Jiddan‘, Matan Maqsud, imla’ dan insya’. Tuan Guru mengajar ‘Undang-undang Nahu’ dan I’rab al-Quran disebelah pagi dari jam 9 hingga 10 pagi. Kemudian pelajar-pelajar disuruh membuat ulangkaji. Selepas Maghrib, warga pondok akan meratib hingga ke waktu Isya’. Ratib yang dibaca adalah berasaskan amalan Tariqat Ahmadiah yang sangat terkenal di N.Sembilan. Kemuncak ‘Ya Latif‘ bergema di tengah kawasan ladang getah itu. Kebiasaannya selepas Isyak, Tuan Guru akan mengajar ilmu tasawwuf. Tanpa kitab, beliau hanya membuat lakaran di papan hijau, lalu mensyarahkan apa yang dilakar.
Tuan Guru Haji Ali mengajar dengan ikhlas dan gigih dalam usaha menyebarkan ilmu agama. Beliau mengajar bersendirian dari pagi hingga ke malam sehingga dikatakan dalam keadaan sakit dan berbaring pun beliau masih berkeinginan untuk terus mengajar. Penuntut yang datang berguru dengannya bukan sahaja dari kalangan penuntut pengajian agama tetapi juga penuntut yang tidak mempunyai latar belakang dalam jurusan pengajian agama. Kesemua penuntut yang datang ke pondoknya diasuh dengan tangannya sendiri sehingga mereka benar-benar dapat menguasai ilmu dengan baik.
Selain mengajar di pondok, beliau juga mengawasi gerak-geri anak murid agar tidak melanggar peraturan. Tujuannya adalah untuk memastikan anak muridnya benar-benar menghayati tuntutan agama dan faham bahawa agama itu merangkumi seluruh kehidupan bukannya setakat ilmu yang dipelajari didalam kelas sahaja. Beliau akan mendenda sesiapa yang dijumpai merokok di kawasan pondok. Jika terserempak, alamatnya mereka akan dipaksa memikul puntung rokok tersebut. Kegigihannya dalam mengajar agama ini dikagumi ramai orang. Manakan tidak, beliau mengajar secara bersendirian dan pada masa yang sama perlu mengawasi anak-anak muridnya menjalani kehidupan harian di pondok. Ketika ditanya tentang rahsia atau petua bagaimana beliau boleh mengendalikan pondoknya itu, Tuan Guru yang warak ini hanya mengulang perkataan “ senang” beberapa kali dan diakhir dengan “..sabar..”. Itulah jawapan yang ringkas dan bersahaja keluar dari mulutnya. Mungkin dengan berkat kesabaran itulah, beliau berjaya mengendalikan pondok tanpa berhadapan dengan banyak masalah.
Melalui perkhabaran mereka yang pernah berguru dengan beliau, mereka mengatakan bahawa Tuan Guru Haji Ali seolah-olah dapat membaca persoalan yang bermain dalam fikiran anak muridnya dan beliau akan menjawab atau menghuraikan permasalahan tersebut dengan jelas. Beliau mampu mengajar tanpa buku atau nota di tangan dan berupaya mengawasi penuntutnya seramai 98 orang dalam suatu masa. Tuan Guru Haji Ali lazimnya akan menentukan tempat pengajian lanjutan untuk anak-anak muridnya. Jika beliau merasakan mereka berkebolehan untuk membuka pondok maka diarahkannya pergi menuntut di Makkah. Sebaliknya jika terfikir untuk makan gaji maka disuruhnya ke Mesir dan lain-lain tempat. Murid-murid yang berangkat ke Makkah akan menadah kitab dengan ulama tertentu disana. Pengajian dijalankan secara terbuka dan ada kalangan ulama tersebut seolah-olah telah diberitahu oleh Tuan Guru Haji Ali tentang kedatangan anak murid beliau. Antara guru yang mengajar di Mekah ini ialah Syeikh Abdullah Mas’ud yang berasal dari Petani. Beliau menetap di Makkah sejak umurnya 8 tahun setelah mengikut datuknya. Guru berikutnya ialah Syeikh Muhamad Sedawa al-Fathani dan Syeikh Abdul Hamid Naimul Azmi dari Indonesia. Kesemua guru yang disebut ini adalah pengamal tariqat Ahmadiah yang sejalan amalan dengan Tuan Guru Haji Ali. Tuan Guru Haji Ali dikurniakan beberapa karamah. Antara karamah beliau,
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.
Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali bin Haji Musa berpulang ke rahmatullah pada tanggal 1 April 1998 dalam usia 74 tahun. Ketika hayatnya, Tuan Guru Haji Ali dikatakan ada menghasilkan beberapa kitab antaranya ialah kitab terjemahan/ tafsir Al Quran berkenaan dengan Surah al-Waqiah, kitab tentang kaedah nahu Bahasa Arab (dalam tulisan jawi) dan kitab berkaitan tasawuf. Kitab-kitab tersebut dipercayai tidak dicetak sebaliknya ditulis tangan. Kitab-kitab ini kemudiannya dipinjam atau berpindah tangan di kalangan anak-anak muridnya. Pondok tuan guru kini ditadbir oleh anaknya iaitu Ustaz Mohshin bin Haji Ali. Beliau pernah menimba ilmu di India dan Mesir. Pondok tersebut yang kini dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Bahasa Arab Dan Agama Islam Haji Ali Riaadud Duafaai Wal Masakin (YPTHA) kini menawarkan program Diploma dan lulusan dari institusi ini berpeluang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.


Tuan Guru Haji Ali setelah selesai mengajar


Keratan akhbar yang melaporkan berita berpulangnya Tuan Haji Ali ke rahmatullah

Rujukan utama
1. http://lebaikampung.blogspot.com/2007/02/haji-ali-bin-haji-musa-1926-1998.html. Dicapai pada 19 November 2009
2. http://pondokhajiali.blogspot.com/. Dicapai pada 19 November 2009

3. http://www.niknasri.com/?p=1365. Dicapai pada 19 November 2009

[1] Kampung Siliau terletak dalam Mukim Rantau dan kedudukannya adalah berhampiran dengan Linggi yang banyak melahirkan ulama terbilang.
[2] Catatan Jabatan Muzium Negeri Sembilan menyebut bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1923. Wallahualam. Boleh rujuk di http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/index.php?option=com_content&task=view&id=33&Itemid=37.

Friday, April 1, 2011

Kisah menarik Syeikh Abdul Karim al-Banjari

Salam mahabbah buat pengunjung dan sahabat2 semua. Pernah dengar nama tokoh ini. Syeikh Abdul Karim Banjar. Beliau merupakan salah seorang syaikh besar yang mengajar di Makkah dan merupakan guru kepada Syeikhuna Tuan Guru Haji Salleh Sik, Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Kali ini, bukanlah niat saya untuk memperkenalkan keperibadian beliau Cuma ingin berkongsi kisah menarik beliau saat beliau rahimullah menceritkan pengalaman beliau ketika membuat lawatan ke Malaysia.


Ikuti lah kisah selanjutnya :

Syiekh pada ketika itu baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.

Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham.



Lagi kisah menarik sila ke Blog Kamin

My Video Gallery