Monday, July 26, 2010

Selamat Hari Lahir buat TuanGuru Hj Abdul Hadi Awang


Artikel ini bukan artikel baru. Ia ditulis* oleh Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi di blog beliau sempena ulangtahun Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang ke-62 pada 20 Okt. 2009M yang lalu.

Sengaja saya paparkan kembali di sini untuk pembaca lebih mengenali pemimpin gerakan Islam yang telah banyak berkorban untuk Islam ini, terutamanya bagi mereka yang tidak begitu mengenali latarbelakang beliau.



…Al Fadhil Dato’ Seri Tuan Gu
ru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

.2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.
.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 – 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 – 1975)


4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

.5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato’ Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya.


.6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

.7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.


.Antaranya :-

.a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.

b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

c] Ahli Majma’ Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.

d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam
yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.


f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat
sebelum Perang Teluk.

g] Mengiringi Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

.
8. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

.Diakhir posting tersebut, Ustaz Nasrudin mempersilakan pembaca untuk mengucapkan selamat ulangtahun kepada Tuan Guru, & saya menulis**;


3640066207_bb21e00302

Salam buat ayahnda yang dihormati.


Buat Ayahnda Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kusayangi seperti bapaku, kuhormati sebagai pemimpinku, pada setiap siang malam jerih payah ketidakcukupan rehat penat lelah sabar tabah kata-kata perjuangan amal ibadahmu, moga Allah memberimu kekuatan, moga Allah membalas amal ikhlasmu dengan kebaikan.


Allahuakbar!

Saya sayang Ayah Chik =)



*dengan sedikit ringkas dari artikel asal

**sedikit panjang dari komen asal



p/s : Kesempatan kali ini, untuk mengucapkan Sanah helwah kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang..Semoga Allah memanjangkan umur Tuan Guru.Semoga anak muda dan mudi menjalankan Tuanguru sebagai momentum karisma dlm medan perjuangan. Semoga keperibadian tuan guru menjadi "mesin cetak" kepada generasi hawariyyun dan semoga ketabahanmu dalam medan perjuangan menjadi "cermin" kepada generasi 'Bunyanun Marsus'... Allahumma amiin..

Hamba yg faqir ;
Ibnufathani
20/10/2010

Friday, July 16, 2010

Perasmian Pondok Baru di Kg Sg Mati ,Lepai

TN GURU HJ FAHMI ZAM-ZAM
membaca doa dalam majlis perasmian PONDOK DARUL HIDAYAH
TN GURU HJ FAHMI, UST KHAIRUL , UST NASIR
SYEIKH ABDULLAH ketua ulama PAS Kedah , TN GURU HJ ABDULLAH , TN GURU HJ IZUDDIN
UST NASIR , UST KHAIRUL
KETUA ULAMA PAS KEDAH
MAJLIS PERASMIAN PONDOK

Sunday, July 11, 2010

TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI



PROFIL TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI


Dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor (1957). Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Johor dan Kolej Islam Klang. Pada Tahun 1972 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana MA dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah Kedoktoran Ph.D daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Usuluddin (Tasawwuf).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Agama Sekolah antara tahun 1964 – 1969 dan pernah pula dilantik sebagai Guru Penolong Kanan selepas mendapat ijazah pertama. Pada awal tahun 1974 beliau dilantik menjadi Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya; dan telah dilantik menjadi Profesor Madya tahun 1992 dan beliau telah bersara pada akhir tahun 1995, sebagai Pensyarah di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).



Beliau telah bergiat aktif dalam masyarakat sebagai pemimpin Islam setempat dengan usaha membangunkan hal ehwal agama Islam seperti surau, masjid dan sekolah agama. Beliau telah dilantik sebagai Nazir Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang 1988 – 2006 dan Pengerusi Sekolah Rendah Agama 1988. Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) yang telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dengan sokongan ahli persatuan yang aktif dalam pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan.

Dalam bidang Rawatan @ Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama 20 tahun dengan memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan/tepukan/merotan (menggunakan ranting pokok nona), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penubuhan Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga sebagai tempat rujukan orang ramai kerana ditemui pelbagai lapisan masyarakat bagi nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan dalam pelbagai masalah yang dihadapi. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang Perubatan Secara Islam telah dimanfaatkan dengan menulis artikel, kertas kerja, dakwah dan membimbing orang ramai melalui media masa, seminar, ceramah dan kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Minatnya tentang tarekat dan tasawwuf yang cukup mendalam hingga mendorongnya untuk mengkaji, mempelajari dan mengamalkan tiga tarekat, iaitu Ahmadiyyah, Qadiriyyah dan Naqsyabandiyyah yang berpengaruh dan mempunyai murid yang ramai. Beliau juga adalah seorang Shaikh dalam Tariqah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang memimpin amalan Khalwah/Uzlah/bersuluk sehingga sekarang di Madrasah Babul-Khayrat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru dan di Madrasah Madinatul Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan, Pahang, dan memimpin majlis dzikrullah@tawajjuh di beberapa tempat di seluruh Malaysia.

Dengan kefahaman, kepakaran dan pengamalan berhubung hal ehwal tarekat dan tasawwuf, beliau telah diberikan kepercayaan dan diamanahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007. Yang antara lainnya bertujuan menasihati, memantau dan mengembalikan kedudukan dan perjalanan Tarekat dan Tasawwuf mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam, Membentuk Jiwa Sufi dan lain-lain. Beliau telah membentangkan lebih 50 kertas kerja untuk pelbagai seminar di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan lain-lain, mengarang artikel ilmiah bagi ruangan akhbar “Perubatan Alternatif” dan lain-lain majalah.

Beliau sering diundang ke majlis-majlis Forum, Ceramah Umum, kuliah Subuh, Maghrib dan Kuliah Tengahari sehingga hampir setiap hari beliau memberikan kuliah/ceramah agama di Pejabat-pejabat kerajaan, swasta, masjid atau surau di seluruh Malaysia.

DI ANTARA TAJUK KERTAS KERJA DALAM BIDANG TASAWWUF

1. Perhimpunan Tarekat-Tarekat Seluruh Dunia, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Kerajaan Libya, Tempat: Tripoli, Libya.

2. Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir. Tarikh: Mac 2007.

3. Dalam Seminar Tasawwuf 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tarikh: 22 Disember, 2007.

4. Seminar Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarikh: 9-10 Ogos, 2003.

5. Seminar Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Tarikh: 17 – 19 Ogos 2002.

6. Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE '04). Tajuk: “HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI) Tarikh: 10 – 11hb. Januari, 2004.

7. Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd, Tarikh: 25 Mac, 2005.

8. Seminar Kefahaman Tasawwuf, Tajuk: “KEDUDUKAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Tarikh: 25 Mac, 2006

9. Seminar Tasawwuf, Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

10. Seminar Kefahaman Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM)

11. Muzakarah Ulama’, Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.

12. Seminar Kefahaman Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran: Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

13. Seminar Solat, Tajuk: “SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya

14. Seminar Kepimpinan UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej Kediaman Kelima UM.

15. “AMALAN SULUK/KHALWAT DALAM TASAWWUF”

16. Dan lain-lain.

DI ANTARA TAJUK KERTAS KERJA DALAM BIDANG RAWATAN @ PERUBATAN ISLAM

1. Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir. Tarikh: Mac 2007.

2. Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, Tajuk: “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM” Anjuran Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti. Tarikh: 4 Julai 2002.

3. Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam, Tajuk: “METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM” Anjuran: Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang Sabak Bernam.

4. Seminar Mengubati Manusia Dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam. Tajuk: “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING”, Anjuran: Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN), Tarikh: 25 Disember 2005

5. Seminar Rawatan Islam, Tajuk: “SAKA: KESAN DAN CARA MERAWATNYA”, Anjuran: IQ Insan Training & Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Tarikh: 2 Februari 2008

6. Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, Tajuk: “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”, Anjuran IQ Insan Training & Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur. Tarikh: 5 Januari 2008.

7. 32 Siri Seminar Perubatan Islam, Kaedah TG Dr Hj Jahid Hj Sidek, Pusat Rawatan Islam MANARAH, Anjuran: Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dengan kerjasama Pelbagai pihak dan agensi. Pengisian adalah berkisar tajuk dan soaljawab berkaitan masalah perubatan Islam.

8. Dan lain-lain.

My Video Gallery