Monday, August 17, 2009

Kenali as-Syahid Imam al-Banna


Alhamdulillah,untuk posting yang pertama nie saya mahu berkogsi bersama dengan anda semua mengnai travelog kehidupan seorang tokoh yang mewaqafkan hidupnya untuk Islam iaitu as-Syahid Imam Hassan al-banna..

Jom..sure heboh jiwa raga kita bila membaca riwayat hidup serta siri perjuangan As Syahid Hassan Al Banna ni. Kalau nak diikutkan, kita sebenarnya dah lama dah kenal As Syahid ni..kira cam sejak kenalnya kita pada perjuangan Islam, tanda Allah dah pilih kita ni untuk menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan yang dibawa olehnya. Semakin kita mengulangi membaca dan terus menyelami siri perjuangan pejuang harakah islamiyah oleh beliau, jiwa kita terasa semakin berkobar-kobar nak menjadi salah seorang amilin yang wala' pada arahan, malah ingin menjadi antara qiyadi-qiadi yang berada di barisan paling hadapan.
Andai kata jika ada 10 orangla yang memiliki semangat perjuangan yang sama seperti As Syahid di zaman sekarang ni, nescaya segala kebatilan dan fitnah yang sedang berleluasa d i muka bumi ini dapat terhapus dengan ketinggian(yu'la) islam yang suci, zaman kegelapan Islam akan kembali menyinar terang seluruh alam dan seterusnya penindasan umat Islam yang selama ini berpanjangan akan berakhir dengan adanya pembelaan. Kita ada banyak lagi perajurit-perajurit Islam yang lain yang mempunyai siri perjuangan yang sama izzahnya(kemuliaan jiwa) dengan As Syahid. Antaranya seperti As Syahid Sayyid Qutb, Abul A'la Al Maududi, As Syahid Syeikh Ahmad Yasin..ramai lagi. Walaupun perjuangan mereka kesemuanya ditentang habis-habisan oleh kafir Yahudi laknatullah, namun risalah Islam tetap juga dapat tersebar luas. Inilah kuasa dan janji Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t terus menemani kita dalam perjuangan yang mutaakhir ini..kiamat makin hampir, tunggulah bantuan dari langit turun dan bantuan dari kalangan manusia muncul.
LATAR BELAKANG
Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya. PENDIDIKAN AWALSemasa al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam, bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab, yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau dewasa.
Setelah Syeikh Zahran semakin sibuk dengan da’wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al-Banna memindahkan al-Banna ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al-Banna menghafal al-Quran di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh al-Quran.
PERSATUAN AKHLAK MULIA
Minat dan keaktifan Hasan Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah. Undang-undang pun dibuat oleh mereka sendiri, seperti siapa yang memaki saudaranya didenda 1 millim (mata wang terkecil Mesir), yang memaki ayahnya didenda 2 millim, memaki ibunya, mencela agama, bertengkar, dan sebagainya. Semua yang bertentangan dengan akhlaq mulia, dikenakan denda. Denda akan dilipatgandakan, sekiranya yang melanggar adalah anggota pimpinan organisasi, yang diketuai oleh al-Banna. Wang hasil denda dimanfaatkan untuk kegiatan sosial.
GERAKAN ANTI MAKSIAT
Tidak puas dengan pertubuhan yang hanya mengendalikan pelajar, al-Banna dan teman-temannya membuat organisasi asosiasi keislaman dengan nama Gerakan Anti Maksiat (GAM) untuk memberi teguran melalui surat kepada sesiapa sahaja yang melakukan maksiat. Masing-masing anggota organisasi mengawasi anggota masyarakat, yang terdiri daripada masyarakat biasa, pedagang, hingga syaikh-syaikh (ulama) sekalipun. Bila ada seseorang yang melakukan kesalahan/dosa (perbuatan yg bertentangan dengan syariat Islam) akan dikirimkan surat peringatan, yang dihantarkan secara diam-diam oleh anggota GAM. Tetapi aktiviti rahsia GAM terbongkar oleh seorang pemilik kafe, yang berjaya menangkap pembawa surat teguran yang berisi peringatan atas kesalahan pemilik kafe yang membawa penari wanita di kafenya.
Ketika berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum 100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna, beliau memberi pengecualian. Sejak usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna pun aktif ikut halaqoh yang diadakan oleh syaikh-syaikh pemimpin sufi, terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syaikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syaikh Hasanain al-Hashafi. Penglibatan al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat.
UZLAH
Walaupun Hasan Al-Banna mengikuti gerakan sufi, tapi beliau tidak 100% menyetujui cara hidup orang-orang sufi yang berlebihan, seperti beruzlah (mengasingkan diri) dari kehidupan masyarakat umum, untuk untuk memperolehi kenikmatan beribadah untuk peribadi semata-mata. Al-Banna berpendapat bahwa uzlah adalah perlu sesekali waktu, harus tidak berlebihan, tak boleh melebihi garis syara’, karena uzlah seperti itu merupakan gudang segala kebajikan.
Al-Banna bukan sahaja hafiz al-Quran, malah menghafal 18.000 bait puisi Arab dan juga ribuan matan hadis.
Setakat ini dulu buat masa ni yek, kita akan sambung lagi lain kali untuk terus mengikuti perjuangan As Syahid serta pejuang-pejuang penegak Islam yang lain dengan lebih jelas dan terperinci lagi..Takbir!Takbir!Takbir! Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

My Video Gallery