Monday, March 8, 2010

KIYAI HAJI AHMAD JAMHURI JAHARIS NURUDDIN AL-BANJARI


RIWAYAT RINGKAS HIDUP

- Dilahirkan pada tahun 1940 di Kota Banjarmasin.(Indonesia)

- Pernah mengaji di Pondok Pesantren Darussalam Martapura.

- Mendirikan rumahtangga pada tahun 1960.

- Tahun 1963 pergi menunaikan ibadah Haji dan terus bermustautin di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah sehingga sekarang.

- Antara lain guru-guru yang terkenal yang sempat Kiyai belajar Di Masjidil Haram:-

(1) Syeikh Hassan Masysyath

(2) Syeikh Muhammad Al-‘Arabiy

(3) Syeikh Sayyid ‘Alawi Al-Maliki

(4) Syeikh Sayyid Amin Kutbi

(5) Mulai mengaji dengan Sayyid Ismail Zen Al-Yamani sejak tahun 1970 (1391 H)

- Antara lain penulisan yang dihasilkan oleh Kiyai Haji Jamhuri :-

(1) Siapakah Yang Mewarisi Syurga Dan Yang Memasuki Api Neraka (من يرث الجنة و من يدخل النار )

(2) Hukum Ketawa Dan Senyum (فتح الملك العلام بأحكام الضحك والابتسام )

(3) Kasidah Seharum Wangi Pujian Atas Nabi Sebaik Makhluk Ilahi (نفحات عنبرية في مدح خير البرية)

(4) Kewajipan Muslim Terhadap Al-Quran Karim (اداب المسلم مع القران الكريم )

(5) تأملات في الأرض المقدسة مع دليل الحج و العمرة

Satu lagi lilin Ummah terpadam...

4 MAC- Tuan Guru Hj Zakaria Pondok Alor Janggus,Alor Setar,Kedah meninggal dunia hari ini. Dunia kehilangan sebutir lagi bintang yang berkemerlipan selama ini dalam mencurah ilmu pada anak bangsa dengan khidmat yang ikhlas tanpa mengharapkan habuan dunia

Semoga ruh al-Marhum ditempatkan bersama orang-orang soleh. al-Fatihah….

وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم “إن الله لا ينزع العلم انتزاعاً وإنما ينتزعه بقبض العلماء….”

Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu secara mendadak sebaliknya dengan mematikan para ulama’

Ya Allah,Kau panjangkan umur guruku ini.....


Buat pengunjung blog ambo, sekadar makluman bahawa Tuanguru Haji Hashim atau masyur dengan pangilan Tok Ayah Shin sedang uzur..Diminta kepada murid-murid beliau supaya mendoakan kesejahteraan buat Tok Ayah yang begitu berjasa kerna khidmatnya pada agama...
Di bawah ini ambo paparkan sedikit kenangan gambar Tok Ayah...Semoga barakah...Amiiin....


Tok Ayah mendoakan untuk tetamu..Tok Ayah dikenali dengan sikap merai' tetamu dengan layanan yang pasti puas...
Program Habib Umar di sana..Kelihatan Tok Ayah Sin...
Syeikh Nuruddin sedang berbual dengan Tok Ayah.Tok Ayah ketika sambutan Maulidur Rasul.Gambar terbaru Tok Ayah.Gambar ini diambil ketika penulis menziarahi beliau...

p/s : Semoga Allah memberkati pertemuanku dengan seorang ulamak yang begitu mengambil berat ummah...Semoga Allah memanjangkan umur beliau...amiin ya rabbal 'alamin..


My Video Gallery