Monday, June 28, 2010

As-Syahid ar-Rantisi : Semangat Juangnya masih berkobar di bumi Gaza.

Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui
Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya.

Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.

“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.

Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.

Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun.

Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.

Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.

Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).

Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?

Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.





Tuesday, June 15, 2010

Sheikhuna Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki


Al Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib dilahirkan pada 1 September 1960 M di sebuah desa bernama Harus, Amuntai ,Banjar Masin Kalimantan Selatan Indonesia.Beliau merupakan anak ke tiga dari tujuh beradik,dari keluarga yang taat beragama.

Persekolahan

Beliau mendapat pendidikan awal disekolah rendah Harus.Pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam.Tanpa menamatkan pengajiannya di pesantren,beliau sekeluarga telah berhijrah ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah.

Bermula pada tahun 1974 sehingga 1982 beliau menghabiskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah.Antara guruiguru beliau di sana adlah al Allamah Al Jalil Assayyid Amos rahimahullah,Syaikh Abdullah Said Al Lahji rahimahullah,Syaikh Ismail Osman Zaien Al Yamani rahimahullah,Syaikh Muhammad Iwadh Al Yamani rahimahullah,Syaikh Abdul Karim Al Bukhari dan ramai lagi.

Beliau sering menghadiri kelas formal dan tidak formal seperti di Masjidil Haram dan di rumah rumah masyaikh(guru) beliau.Pada tahun 1982 beliau mendapat keputusan cemerlang (mumtaz) di Madrasah Shaulathiah.Sebelum naik ke kelas ‘Aliyah beliau sempat mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar dari Indonesia.Antara kitab yang diajarkan adalah kitab Qatrunnada,Kitab Fathul Muien,Kitab Umdatussalik,,Kitab bidayatul Hidayah,dan lain-lain.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar dalam jurusan syariah,Kaherah sehingga mendapat Sarjana Muda.Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian ke Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma `Am “Dirasat Ulya”pada tahun 1990.


Guru-Guru Beliau

Semasa di Makkah beliau sering menemani guru beliau Syaikh Ismail Osman Zen al Yamani menghadiri program-program agama ,menziarahi maqam Baginda Nabi Muhammad s.a.w.Beliau meluangkan masa dengan berkhidmat untuk guru beliau,dengan cara itulah beliau dapat mendekati para ulama.Sebutkan sahaja ulama di makkah ketika itu,kebanyakkanya beliau telah berguru dengannya.Antara masyaikh beliau di sana adalah Syeikh Al-Allamah Hasan Masshath yang digelar syeiku-ul-ulama' rahimahullah, Syeikh Al-Allamah Mohd. Yasin Al-Fadani rahimahullah yang mendapat julukan Syeikhul Hadits Wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zien rahimahullah yang digelar Alfaqih Ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syeikh Abd. Karim Banjar hafizohullah, Syeikh Suhaili Al-Anfenani, As-Sayyed Mohd. Alwi Al-Maliki, Syeikh Said Al-Bakistani dan masih ramai lagi

Segala kitabyang dipelajari bersambung sanadnya kepada pengarang.

Berikut diantara nama guru beliau yang dapat disenaraikan .

• Syiekh Al Alamah Hasan Masyat

Seorang ulama besar yang menulis banyak kitab untuk dunia pengajian islam seperti kitab

Is`af Ahli Iman , Is`af Ahli Islam . AL Nasoih Diniah . Inarah Al Dhaji . Tahafut Al Sunnah dan lain lagi .

Berliau sering bersama sama dengan Al Alamah Syiekh Ismail Usman Zaien dan meninggal dunia pada hari raya fitrah pada tahun 1399 hijrah

• Syiekh Al Alamah Muhammad Yassin AL Fadani .

Seorang Syiekh Hadis dan bergelar sebagai Musnid Dunya . Pengarang pada banyak kitab Syaikh Nurudiin mengambil banyak riwayat dan ijazah kebanyakan dari penulisannya dan riwayat hadis musalsalnya .

Antara Ijazah hadis yg diambil darinya seprti Aqad Farid fi Jauhar Al Asanid . Iklam Al Dhani wal Qosi bima Ala min Asanid Al Fadani . dan selainnya yg mendapat ijazah secara umum dalam ilmu riwayah dan juga dirayah hadis .

Meninggal dunia pada malam jumaat 28 Zulqaidah 1410 dan dikuburkan di perkuburan Ma`la Mekah .

• Syiekh Ismail Osman Zaien AL Yamani Al Makkiyi .

Seorang yang faqih keilmuannya . mempunyai jiwa yang besar dan tidak pernah lokek masa untuk bersama sama dengan anak muridnya .

Antara orang yang bertanggungjawab mewarnai corak pemikiran Syaikh Nuruddin . dan mengambl banyak ilmu darinya dalam pembacaan kitab kitab baik dari segi sudut Nakliah atau Aqliah . sering bersama sama dengannya dalam banyak waktu dan sering berhubung dengannya sehingga diakhir hayatnya .

Syaikh Nuruddin terlalu akrab dengan Syiekh Osman Zain terkadang beliau membawanya ke madinah diatas alasan pengajian agama disana atau semata2 untuk menziarahi Rasullah s.a.w . Pada kebiasaannya mereka berdua akan pergi ke madinah pada pagi hari khamis selepas solat subuh berjemaah di Masjidil Haram . dan akan pulang kembali keMekah selepas solat jumaat pada keesokan harinya .

Meninggal dunia pada 20 Zul hijjah 1414 selepas solat subuh diMasjidil Haram dan dikuburkan di ma`la mekah .

• Syiekh Abdullah bin Syaid Al Lahji .

Dikenali kefaqihannya dalam agama . dan dikasihi oleh sekian anak muridnya .Beliau meninggal dunia selepas pulang dari mengajar disek Sultiah sebagai guru pada tahun 1408 .

Dari pada beliau Syaikh Nuruddin mengambil . Tafsir Ibnu Kathir . Sohih Muslim . Sunan Abi Daud . Al Manhaj . Buluq Marom . Matan Abi Sujak . Al Idoh . Qawaid Asasiah . Qawaid Fikqiah dan banyak lagi.

• Syiekh Muhammad Iwad Al Yamani .

Seorg yg dikenali kepakarannya dalam ilmu fiqh dan meninggal ketika dlm keadaan sujud didalam solat .

Syaikh Nuruddin mempelajari dari beliau Tarikh Adab Arabi . Sohih Bukhari . Amdul Ahkam . Muataq imam Malik . Miskat dan lain2 lg .

• Syiekh Muhammad Zakaria Bila Indonisia .

Oarang Indonisia kelahiran mekah bermazhab syafie dan meninggal selepas beberapa bulan Syiekh Al Fadani meninggal .

Daripadanya Syaikh Nuruddin mengambil Rawai’e Bayan . Fathu Mujib fi sarah Al Hitob . Halal wal Haram oleh Qardawi .

• Syiekh Muhammad Sabli .

Salah seorang ulama dari Bahrin danSyaikh Nuruddin mempelajari dari beliau Matan Arjumiah . Matan Bina` . Al Kailani . Syarah Muhtasir Jiddan . Syarah Tahrir

• Syiekh Abdul Karim Banjar .

Seorang ulamak indonisia yang mempunyai kelompok pengajian yang besar di mekah dikalangan oaring orang Indonisia . Malaysia dan Patani di Masjidil Haram . sehingga sekarang .Beliau masih lagi mengajar di dan membuat kelompok pengjian disana .

Antara ilmu yg diambil darinya ialah Riyadul Solihin . Penawar Hati . Jauhar Muqauwan iaitu kitab balaqah .

• Syiekh Adnan Al fani Al Indonisi .

Salah seorang guru di sekolah Sultaniah dan membaca padanya kitab Jami Jawamik fi usul . Syamail Muhammadiah . Mabadi Ilmu Falak . Syarah Syansuri ala matan Ruhba` dan lain2 lg .

• Syiekh AbdulKarim al Bukhari

Salah seorang ulama Bukhara yang berpindah ke Mekah dan mengambil darinya Sunan Imam Turmuzi .

• Syiekh SaifulRahman .

Salah seorang guru di sekolah Sultaniah dan mengambil darinya Sunan Nasaie . Al tahafut Al Sunnah dan seliannya

• Syiekh Suhaili Al fanani .

Mengambil darinya Ikhlas Kalam dlm faraid . Ilmu hisab wal muhandasah .

• Syiekh Syaid Al Bakistani . mengambil darinya Ilmu Mantik dan Saraf .

Dan ramai lagi Ulama dan guru guru yang diambil secara langsung atau tidak dalam pengjian mereka yg dipenuhi dengan nasihat nasihat. dorongan dan banyak lagi

Berikut adalah antara guru beliau ketika berada di Ardul Kinanah Bum Anbia’ Mesir .

• Syiekh Alim Al Alamah Husnain Muhammad Mahluk .

Bekas mufti mesir

• Syiekh Al Alamah Muhammad Zakaria al Kandahlawi .

Seorg pakar hadis dan meninggal di Madinah Al Muanawwarah

• Syiekh Muntasir Al Kantani Al Magribi .

Pengajian tafsir dan hadis

• Syiekh Habib Abdil Qadir Al Saqab

• Syiekh Abdullah bin Hamid .

• Syiekh Mutawalla Syakrawi .

Ulamak mesir yang tidak boleh dipertikaikan kewibawaannya .

• Imam Akbar Jaddul Hak

Bekas syaikh azhar yg terkenal ketegasanya guru Tarikh Fiqh Islami .

• Syiekh Muhammad Thaib Al Najar .

• Syiekh Rubbani Muhammad Abdul Wahid .

• Syiekh Abu Hasan Nadawi . seorang pendakwah terkemuka di Mesir .

• Syiekh Atiah Saqar . mahir dalam ilmu fekah dan salah saorg ahli majlis buuth islami

• Syiekh Al Alamah Jad Ar Rabb . guru asbah nazair nya di uni Al Azhar

• Syiekh Al Alamah Husin Al Syiekh ." Syarah ah mahli ala Manhaj "

• Syiekh Al Alamah Syaed Muhammad Alwi Al Maliki .

• Syiekh Muhammad Ghazali . seorang pendakwah yang digeruni dan tegas di dunia pengjian islam

• Ustaz Doktor Ahmad Umar Hasyim . bekas reaktor Al Azhar dan guru ulum hadisnya

• Ustaz Doktor Abdul Sobor Syahin . guru tarikh qurannya .

• Ustaz Doktor Fatah Syiekh . bekas reaktor Al Azhar dan guru fikq ibadat nya

• Ustaz Doktor Rayan . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Abdullah Syatah . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Muhammad Salim . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Nasr Farid . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Abdul Rasyad Saqar . Imam dan Khatib Mesjid Sollehuddin

Dan ramai lagi yang tidak disenaraikan


Kitab yang dibacakan di hadapan gurunya

Berikut adalah antara kitab-kitab yang dibacakan dihadapan gurunya .

Dalam fekh :

Muhtasar safinah Al Naja` . Matan Qabah wal Takrib . Amdah Salik wal Nasik . Manhaj Al Tolibin . Syarah tahrir . Syarah Mahli Ali al Manhaj . Syarah Abi Qassim . Tahafut Al Muhtaj . Al Majmuk . Nihayah Mihtaj . Asni Al Mutalib . Fatahul Wahab dan selainnya .

Dalam Manasik Haji :

Matan Al Idoh . Fatah Al Mujib fi sarah manasik Al Hatib .

Dalam faraid . Khulsah Al Kalam . Matan Al Rahbiah wa syarah li syaba mardini . Syarah Syansuri .

Dalam Tafsir dan Ulumnya :

Tafsir Jalalain . Tafsir Ibnu Kathir . Rawaik Bayan . Manzumah Al Zamzani maa syarahuha . Al Itqan .

Dalam Aqidah :

Al Haridah wal syarah . Fathul Majid li Nawawi Al Jawi . Aqidah Islam li Hadad . Qawaid Al Aqidah li Ghazali .

Dalam Hadis :

Matan Arbain Al Nawawi . Buluq Maram . Amdul Ahkam . Riyadatul Solihin . Al Azkar . Sohih Bukhari . Sohih Muslim . Sunan Abi daud . Sunan Thurmuzi . Sunan Nisaie . Sunan Abi Majah . Miskat . Mautok Malik . Muhtasar al bukhari li abi Jamrah . Syamail Muhammadiah lil Turmuzi . Kasaf Al Qamah . Awail Sanbaliah . Musalsalah fadaniah dan lain .

Dalam Mustalah Hadis .

Matan Baiquniah dan sarahnya oleh syiekh Husin Masyat . Rafie Al Astar Syarah Tolah Al Anwar . Tadrib al Rawi li shayuti . Muqadimah Abi Solah dan lainnya .

Dalam Tasauf dan Ahlak :

Bidayah Hidayah , Manhaj Abidin . Ahyak Ulummudin . Mauizah Mukmin . Al Hakim . Risalah Muauwanah . Risalah Qusairi . Al Hadiqah Al Aniqah . Tanwir Al Qulub . Lawaqih anwar .

Dalam Qawaid wal Usul .

Idoh Qawaid Fiqkiah . Madhal ila ilmu Usul . Syarah Waraqat . S yarah Jamie Wal jawamik .

Dalam Nahu dan syaraf :

Matan Arjumiah . Syraah Muhasar Jiddan . Tahafut Sanniah . Al Mutammah . Qatar Nadi . Syarah Ibnu Aqil . Syrah Al Syamuni . Qawaid Al Asasiah . Isaf tolab syarh Nizam Qawaid Al Arab . Matan Bina` . Al Kailani . Al Maksud .

Dalam Balaqah dan Mantik :

Al balaqah Al Wadih . Al Jawhar Al Maknun . Matan Isaquji .

Mendapat gelaran Azharus thani

Setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti Al Azhar,beliau mencurahkan ilmunya kepada pelajar dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Singapura yang menuntut di Universiti Al Azhar sehingga mendapat gelaran Azharus thani(Al Azhar ke dua).Kelas pengajian yang dinamakan "Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin" semenjak tahun 1987 hingga 1998 buat pertama kalinya di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamiek al Path di Madinah Nasr.

Penulisan Karya Ilmiah

Disamping beliau mengajar beliau sempat mengarang beberapa buah kitab dalam bahasa Arab.Beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan serta mentahqiq kitab kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah kitab sejak tahun 1991.

Antara kitab karangan beliau:

الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاضة

تساؤلات و شبهات و أباطيل حول معجزات الإسراء و المعراج والرد عليها

المختار من نوادر العرب وطرائفهم

أداب المصافحة

من هو المهدى المنتظر ؟

المجال الإقتصادى فى الإسلام

بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك فى ميزان أهل العلم

سفر المرأة أحكامه وأدابه

الدرر البهية فى إيضاح القواعد الفقهية

معلومات تهمك

أسماء الكتب الفقهية لسادينا الأئمة الشافعية

أحكام العدة فى الإ سلام

أراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء

أدلة تحريم نقل الأعضاء الأدمية

الأمر بالمعروف و النهى عن المنكر فى الكتاب والسنة

محمد نورالدين مربو البنجرى المكى والأحاديث المسلسلة

العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم

مكتبتك الخاصة

Berikut adalah antara kitab kitab yang telah di tahkik dan ditakliknya

رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة

قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين

رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار

شروط الحج عن الغير

الحسن البصرى

إقامة الحجة على أن الإكثار فى التعبد ليس ببدعة

خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم

بستان العارفين

السلام فضله وادابه واحكامه

الكوكب الأغرافى بيان أحكام النظر

الردة ( أسبابها وأحكامها )
المكاييل والموازين والمسافات ( بيانها زمفدارها )•
حول قوله صلى الله عليه وسلم ( لا تحقرن من المعروف شيئا )•
تهذيب مشكاة المصابيح
.

توفق البارى لإمام النواوى


Sejumlah besar aritikel soal jawab dalam bahasa melayu dan indonisia . Kaset-kaset dan cd-cd mp3 , vcd ceramah dari daurah kitabnya , risalah-risalah dalam satu2 isu semasa yang dimana segala keuntungan penjualan kaset dan vcd dan risalah ini tidak diambil oleh beliau hanya dikalangan anak-anak muridnya sahaja .

IRSYADAT AL FADHIL


"Jangan tersilau dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat".

"Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu."

"Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya".

Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat".

Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru beberkat.

Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Sumber: Dari Anak murid Syaikh Nuruddin Marbu Al Banjari : Scene-r, Abu Zaki Al-Hidayati, 2001M Dan ansarusj 2006 dan daripada Abu Nabil Bandar Sri Putra , Kajang .


My Video Gallery